Alam perkahwinan bukan suatu perkara yang boleh diambil remeh. Ia melibatkan dua hati yang bersetuju dan berjanji untuk sentiasa hidup bersama tidak kira susah senang bersama.
Sebab itulah dalam rumah tangga adanya adat dan adab yang perlu kita ambil tahu, supaya tak ada berselisih faham. Namun, janganlah jadikan alasan untuk beralih arah. Jika dahulu, ada yang sanggup hidup susah senang bersama-sama tetapi apabila sudah mula berharta, ada pasangan akan mula lupa jasa dan pengorbanan pasangan mereka.
Perkongsian Imam Muda Hassan Adli di Facebook yang menyatakan kesolehan seorang isteri diuji di saat suami tidak mempunyai apa-apa lagi dan kesetiaan seorang suami diuji di saat dia mempunyai segalanya.
Di sinilah ujian bermula,
1. Di saat suami memiliki kekayaan, pangkat, dan segala apa yang dia inginkan, di situlah ujian besar akan melanda hidup si suami. Dia mula mengabaikan tanggungjawabnya pada isteri dan anak-anak, dia mula melakukan perkara-perkara maksiat di belakang isterinya sebab dia merasakan dia boleh dapat apa saja yang dia nak.
2. Di saat isteri diuji dengan suaminya dibuang kerja, muflis, bisnes tak jadi, duit simpanan dah habis, di situlah ujian besar akan membadai si isteri. Dia mula merasakan yang suaminya tak berguna, suaminya menyusahkannya. Mula rasa menyesal berkahwin dengan dia.
Tapi, jika suami diikat dengan tali keimanan, biarpun dia sudah miliki kekayaan, dia tetap akan menjalankan amanahnya dengan baik sebagai suami, dan dia akan takut melakukan maksiat di belakang isterinya. inilah tanda solehnya seorang suami.
Bila isteri diikat dengan tali keimanan, biarpun suaminya dibuang kerja, dia tetap setia berkhidmat untuk suaminya dan selalu membakar semangat suami untuk terus berusaha. Inilah tanda solehahnya seorang isteri.
Cukuplah teman bawakan contoh Nabi Muhammad SAW dan Isterinya Saidatina Khadija R.ha. Di saat Nabi SAW memiliki kekayaan sebelum zaman kenabian, Baginda tetap setia dengan Khadijah. Baginda tetap menjadi suami yang terbaik untuk Khadijah. Di saat Baginda diangkat menjadi Nabi, Nabi sudah tidak memiliki kekayaan seperti sebelumnya, tetapi Khadijah tetap setia dengan Baginda. Di saat Baginda diuji dengan fitnah, dipulau, dihina, Khadijah tetap menjadi motivator terbaik untuk Baginda.
Wahai suami-suami sekalian (termasuklah teman ni), jadilah kita suami seperti Nabi SAW. Wahai isteri-isteri sekalian, jadilah kalian seperti Saidatina Khadijah isteri Nabi SAW.
Sumber: Facebook Imam Muda Hassan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.