Hari Arafah mempunyai banyak kelebihan kerana ketika itu umat Islam yang mengerjakan Haji berwukuf pada tempat dan waktu yang mulia di padang Arafah.
Manakala umat Islam yang tidak mengerjakan Haji disunatkan berpuasa pada hari tersebut.
Tahukah anda? Terdapat banyak kelebihan yang ada di Hari Arafah, antaranya;
#1 - Hari penyempurnaan agama dan nikmat.
#2 - Hari raya bagi seluruh umat Islam.
#3 - Hari Arafah merupakan genap (as-Shafa') dalam surah al-Fajr.
#4 - Sebaik-baik hari.
#5 - Menyamai 10,000 hari.
#6 - Haji yang Agung.
#7 - Puasanya akan menghapuskan dosa untuk dua tahun.
#8 - Hari pengampunan dosa, pelepasan azab api neraka dan kemegahan bagi orang berwuquf di Arafah.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.