
Foto: Bernama
Lebih 1.18 juta jemaah haji dari seluruh dunia tiba di Arab Saudi menjelang Hari Arafah dan sambutan Aidiladha, menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA) yang memetik Direktorat Am Pasport.
Direktorat itu melaporkan sehingga kelmarin, sejumlah 1,180,306 jemaah memasuki negara itu melalui pintu masuk udara, darat dan laut.
Daripada jumlah itu, 1,115,663 jemaah tiba melalui lapangan terbang, 60,365 melalui pintu sempadan darat, dan 4,278 melalui pelabuhan laut.
Pihak berkuasa menegaskan komitmen mereka untuk memastikan kelancaran proses kemasukan jemaah, termasuk penggunaan teknologi canggih dan penempatan kakitangan pelbagai bahasa di semua pintu masuk antarabangsa.
Mahkamah Agung Arab Saudi telah mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1446H bermula pada Rabu, 28 Mei 2025. Hari Arafah dijadualkan pada Khamis, 5 Jun, diikuti dengan sambutan Aidiladha pada Jumaat, 6 Jun .
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.