Foto: Instagram
Penyanyi dan pelakon, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan, mendedahkan bahawa keputusannya untuk berhijrah datang selepas mengalami mimpi yang begitu menginsafkan, melihat sendiri gambaran azab di neraka.
Menurut Kilafairy, mimpi tersebut memperlihatkan suasana menakutkan dengan api dan lava di mana-mana, serta manusia diseksa dalam pelbagai bentuk. Ada yang ditarik lidah, ada yang dipotong tangan, dan wajah makhluk di sekelilingnya amat menggerunkan.
“Dalam mimpi tu saya nampak keadaan yang sangat ngeri. Saya terjaga dalam ketakutan, dan masa tu saya terus menangis. Saya tahu Allah nak tunjuk sesuatu,” katanya dalam podcast Studio Sembang bersama Amelia Henderson.
 
 
Selepas pengalaman itu, Kilafairy mengakui hatinya terus terbuka untuk berubah. Dia mula mengenakan hijab dan mencari bimbingan agama melalui beberapa rakan yang terlibat dalam kerja dakwah.
“Sebelum ni saya selalu berdoa, ‘Ya Allah, kalau betul Kau sayang saya, tolong tunjukkan jalan yang benar, takutkan saya supaya saya tak terus leka’. Tak sangka doa tu Allah makbulkan dengan cara begitu,” katanya lagi.
Kisah hijrah Kilafairy mendapat perhatian ramai apabila ramai peminat memuji keikhlasannya untuk berubah.
Dalam masa sama, dia berharap agar perubahan yang dilalui menjadi kekal dan mampu menguatkan imannya untuk terus istiqamah di jalan Allah.
Sumber: TikTok
      
     
    
      Filled Under :
      
      
      
      *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.