Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Nadir Kongsi Kriteria Sertai Global Sumud Flotilla, Saran Fokus Bantuan Di Malaysia Dahulu - “Bukan Semua Sanggup Hadap Risiko Ini…”

ROSTAM, Mohamad Firdaus
13 Oct 2025, 11:27 AM

nadir kongsi kriteria sertai global sumud flotilla, saran fokus bantuan di malaysia dahulu - “bukan semua sanggup hadap risiko ini…”Foto: The Malaysian Reserves

Aktivis kemanusiaan, Nadir Al-Nuri, berkongsi kriteria serta proses pemilihan peserta bagi menyertai delegasi Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang berlayar menuju Gaza.

Dalam satu sesi temubual di stesen radio SINAR, Nadir menjelaskan bahawa pemilihan peserta dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti latar belakang, pengalaman, serta kekangan logistik dan kapasiti kapal.

“Peluang untuk rakyat Malaysia sebenarnya agak luas. Pada awalnya kami menerima penyertaan seramai 120 orang, namun jumlah itu terpaksa dikurangkan kepada 80 dan akhirnya hanya 30 orang sahaja yang terpilih kerana kekurangan kapal serta ruang yang terhad,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa misi ini menuntut tahap kesediaan fizikal dan mental yang tinggi kerana risiko yang dihadapi amat besar.

“Kami juga berhasrat membawa peserta yang belum pernah menyertai misi kemanusiaan sebelum ini pada masa hadapan.

“Namun risikonya tinggi, ramai yang mungkin mabuk laut dan perlu bersedia menghadapi perjalanan jauh. Misi ini memerlukan kesabaran, keikhlasan, dan kesediaan menghadapi kemungkinan maut, terutama jika ditawan Israel,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nadir menasihati individu yang berminat menyertai misi kemanusiaan ke Gaza agar memulakan langkah dengan menyertai misi bantuan dalam negara terlebih dahulu.

“Ini nasihat umum saya kepada semua. Kami memilih 30 peserta yang pernah terlibat dalam misi kemanusiaan sebelum ini, termasuk pempengaruh dan artis. Sebelum ke Gaza, seeloknya sertai dahulu misi kemanusiaan di Malaysia. Banyak kerja yang boleh dibuat di sini,” ujarnya.

“Kalau jiran sendiri pun tak pernah kita bantu atau hulur makanan, tiba-tiba nak tolong orang Gaza, itu tandanya ada sesuatu yang belum kena dalam diri. Jiwa kita perlu dibentuk dulu sebelum membantu orang yang lebih jauh,” tambahnya.

Untuk rekod, Misi Global Sumud Flotilla disertai lebih 500 aktivis dari 44 negara, termasuk Malaysia, yang berlayar ke Gaza sebagai tanda solidariti serta usaha memecahkan sekatan Israel dengan membawa bekalan bantuan penting untuk rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan berterusan rejim Zionis.

Sumber: YouTube SINAR

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us