Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Lembu Kongsi Atau Kambing Sendiri? Mana Lagi Afdal Untuk Korban?

ROSTAM, Mohamad Firdaus
27 May 2025, 11:16 AM

lembu kongsi atau kambing sendiri? mana lagi afdal untuk korban?Foto sekadar hiasan

Bila Aidiladha dah dekat, mula la ramai orang pening nak buat keputusan  sama ada nak korban seekor kambing seorang diri ke, atau ambil satu bahagian lembu kongsi tujuh orang?

Jawapannya: Kalau ikut hukum dan pandangan ulama, korban seekor kambing seorang diri lebih afdal (lebih utama) daripada ambil satu bahagian lembu.

Kenapa?

Sebab korbankan seekor kambing, kita sorang yang tanggung semua (dari beli sampai tumpah darah). Maksudnya, pahala dan pengorbanan tu memang datang terus dari individu tu sendiri.

Kalau bahagian lembu pula, kita cuma tumpang 1/7 je. Pahala tetap ada, sah tetap sah. Tapi dari sudut "pengorbanan", tak sebesar macam kita korban sendiri satu haiwan.

Pejabat Mufti pun ada jelaskan benda ni. Malah dalam kitab Mughni al-Muhtaj, Imam Khatib al-Syirbini kata: Seekor kambing lebih utama dari satu bahagian unta (apatah lagi lembu), sebab pengorbanan tu kita buat sendiri, dan daging kambing pun lebih sedap serta senang diagih.

Tapi jangan salah faham ya:

  • Kongsi lembu tu tetap sah, dan besar pahalanya juga.
  • Tak salah langsung nak kongsi kalau bajet tak cukup atau nak jimat.
  • Yang penting, niat ikhlas dan buat ikut kemampuan.

Tempoh korban boleh dibuat dari 10 Zulhijjah (lepas solat sunat Aidiladha) sampai 13 Zulhijjah (tiga hari tasyrik). Jadi ada empat hari semuanya.

Kesimpulan mudah:

  • Mampu & nak lebih pahala → Ambik kambing, buat sendiri.
  • Tak cukup bajet atau nak kongsi → Bahagian lembu pun okey sangat!
  • Yang paling penting: buat dengan hati yang ikhlas dan penuh syukur.

Sumber: The Rakyat Post

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us