Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Menyayat Hati! Lima Beradik Kehilangan Ibu Bapa Sekelip Mata Akibat COVID-19

Berat ujian buat keluarga mereka.
Muhammad Izwan Zainal
08 Jun 2021, 12:00 PM

Muhammad Haidir tidak menyangka pesanan terakhir ibu menerusi panggilan video itu merupakan pesanan terakhir ibu kepadanya sebagai anak sulung bagi menjaga adik-beradik apabila ibu bapanya meninggal dunia akibat COVID-19.

menyayat hati! lima beradik kehilangan ibu bapa sekelip mata akibat covid-19

Kisah menyayat hati lima beradik itu mendapat perhatian ramai apabila bapa mereka Rodzi Tahar dan ibunya Nazita Idris disahkan positif COVID-19 dan menghembuskan nafas terakhir minggu lalu.

“Kami berasa sedih namun reda dengan ketentuan Allah atas pemergian ibu bapa tersayang. Perkara paling menyedihkan apabila kami sekeluarga tidak dapat mencium jenazah arwah ibu dan bapa buat kali terakhir, namun doa dan ingatan sentiasa ada buat mereka,” katanya.

menyayat hati! lima beradik kehilangan ibu bapa sekelip mata akibat covid-19

Muhammad Haidir bersama-sama empat adiknya kini menetap di rumah peninggalan arwah bapa mereka di Bandar Sunggala, Port Dickson.

Tambahnya, bapanya mengalami demam biasa pada 26 Mei lepas dan mengambil keputusan untuk menjalani ujian saringan di Hospital Port Dickson pada 29 Mei sebelum disahkan positif keesokkan harinya dan dihantar ke Hospital Tampin.

Namun, berat ujian menimpa keluarga mereka menerima berita duka apabila doktor mengesahkan bapanya meninggal dunia pada 4.30 pagi keesokan harinya.

“Perkara paling menyedihkan apabila arwah bapa tidak sempat meninggalkan pesanan buat kami selepas dimasukkan ke hospital.

menyayat hati! lima beradik kehilangan ibu bapa sekelip mata akibat covid-19

“Bapa saya mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit buah pinggang manakala ibu mempunyai penyakit darah tinggi. Jadi mereka golongan berisiko.

“Kami tidak tahu punca jangkitan dapat dari mana dan tidak tahu kontak rapat dari siapa?,” katanya.

Muhammad Haidir berkata arwah ibunya melakukan ujian calitan pada 30 Mei selepas mengalami simptom seperti demam dan batuk serta disahkan positif COVID-19, pada keesokan harinya.

Pesanan Muhammad Haidir kepada orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan ditetapkan kerajaan dan tidak mengambil ringan terhadap wabak COVID-19 yang boleh meragut nyawa.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}