Rezeki termasuk dalam urusan yang dirahsiakan Allah SWT dan tiada seorang manusia pun mengetahui pada waktu bilakah rezekinya akan ditentukan.
Islam telah memberikan syarat-syarat yang perlu dilaksanakan untuk mempermudahkan lagi urusan rezeki agar tidak sempit di dunia.
Syaikh Dr. Fadhl Ilahi menyenaraikan terdapat lima syarat bagi seorang muslim mendapatkan rezekinya.
#1 - Istighfar dan Taubat
Memohon ampun kepadaNya dan bertaubat melalui perkataan dan perbuatan.
#2 - Bertakwa
Menjaga jiwa daripada melakukan perbuatan dosa, meninggalkan apa yang diharamkan.
#3 - Tawakal kepada Allah
Menyandarkan diri atas urusan dunia yang dilakukan termasuklah dalam soal rezeki.
#4 - Beribadah sepenuhnya kepada Allah
Beribadah dengan hati dan jasad yang khusyuk, dan merendahkan diri di hadapan Maha Pencipta.
#5 - Mengerjakan Haji dengan Umrah.
Imam Ahmad, At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Hibban meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud berkata Rasulullah SAW bersabda :
“Kerjakanlah haji dengan umrah, kerana sesungguhnya keduanya menghilangkan kemiskinan dan dosa, sebagaimana api dapat menghilangkan kotoran besi, emas dan perak. Dan tidak ada pahala haji yang mabrur itu melainkan Syurga.”
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.