Sebagai seorang Muslim, menjadi kewajipan kita untuk memastikan segala makanan yang diambil adalah Halal. Selalunya kita akan lebih menitikberat soal status halal makanan tersebut apabila berada di luar negara. Namun, di Malaysia pun kena ambil tahu mengenai status halal kerana ada restoran yang tidak mempunyai logo halal.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan sebuah agensi utama pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia. Maka kepastian status halal yang melibatkan industri makanan turut menjadi tanggungjawab mereka. Mungkin ada yang tertanya-tanya, kalau nak beli makanan dari luar negara bagaimana nak mengenal pasti status halal yang disahkan oleh JAKIM.
Usah risau, ini kami ingin berkongsi sebanyak 84 logo halal daripada 46 buah negara seluruh dunia yang telah disahkan oleh pihak JAKIM.
Informasi ini dikongsi sendiri oleh Menteri Agama, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri melalui akaun Facebooknya dan logo-logo tersebut telah dikemaskini pada 1 Disember 2020 yang lalu.
Dengan adanya logo halal ini, pengguna boleh mengenalpasti logo-logo halal luar negara diiktiraf JAKIM pada produk import yang dijual di pasaran. Ia juga memberi kemudahan kepada pengimport untuk mengenalpasti produk yang ingin diimport masuk ke Malaysia mempunyai sijil halal yang diiktiraf JAKIM, bagi mengelakkan kerugian dan keraguan.
Selain itu, rakyat Malaysia terutamanya umat Islam yang akan melancong ke luar negara boleh menyimpan di telefon pintar info logo-logo halal diiktiraf JAKIM, di negara yang akan dikunjungi.
Pengguna juga boleh muat turun dalam format .pdf, senarai Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setakat 01 Disember 2020 klik
https://drive.google.com/…/1hvYRXjsfP9mpPifB_4tG2k17qi1_uZQ…
Sumber: Facebook Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.