Semua tahu, dari segi kesihatan difahamkan bahawa amalan membasuh telur sebelum menggunakannya adalah sangat digalakkan. Tapi bagaimana pula dengan makanan yang dimasak tanpa membasuh telur terlebih dahulu?
Jika tiada najis atau kotoran pada telur tersebut, maka ia adalah halal dimakan.
Namun, jika ada isu terhadap kebersihan telur tersebut seperti ada kotoran atau najis dan tukang masak itu tidak membasuh tangannya terlebih dahulu, maka makanan itu sudah tidak menepati konsep halalan thayyiban kerana ia telah kotor.
Imam Fakhruddin al-Razi memberi makna al-Thayyib, iaitu:
Maksud: “Dari segi bahasa ia adalah suci dan halal yang disifatkan dengan segala yang baik. Ini kerana, perkara yang haram disifatkan dengan segala kekotoran. Makna at-Thayyib pada asalnya ialah apa yang disukai dan didapati baik oleh cita rasa manusia selain disifatkan bersih dan halal dari segi perumpamaan. Ini kerana, najis itu sesuatu yang dibenci oleh jiwa.” (Tafsir ar-Razi Mafatih al-Ghayb, 5/185)
Dalam penerangannya yang lain juga disebut:
Maksud: “Segala perkara yang dianggap kotor dan jijik oleh tabiat jiwa manusia yang membawa kepada kesakitan dan penyeksaan. Asal perkara yang memudaratkan adalah haram. Maka, setiap yang dihukumkan jijik oleh tabiat manusia pada asalnya adalah haram, melainkan terdapat dalil yang menyatakan hukum berbeza.” (Tafsir Ar-Razi Mafatih al-Ghayb, 15/381)
Jadi, apa yang boleh difahamkan di sini adalah kehalalan sesuatu makanan itu bukan sahaja bergantung kepada kenajisan, tetapi juga kepada kebersihan proses yang dijalani.
Sebab itulah, jika telur itu mengandungi najis, maka hukumnya adalah tidak halal dimakan.
Lebih baik basuh terlebih dahulu telur tersebut untuk mengelakkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.