Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Makna Sebenar Dekatnya Allah dengan Hamba-Nya?

ROSTAM, Mohamad Firdaus
16 Jul 2025, 10:56 AM

makna sebenar dekatnya allah dengan hamba-nya?

Foto sekadar hiasan

Dalam sebuah hadis Qudsi yang masyhur, Allah SWT berfirman: “Jika hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta.” Hadis ini sering disebut untuk menggambarkan betapa hampirnya hubungan antara Allah SWT dengan hamba-Nya yang berusaha mendekatkan diri kepada-Nya.

Namun, apakah maksud sebenar "dekat" dalam konteks ini?

Menurut Imam Jamaluddin Abu Fadhli Ibnu Manzhur dalam kitabnya Lisanul Arab, perkataan "dekat" dalam hadis tersebut bukanlah merujuk kepada dekat secara fizikal, kerana Allah SWT tidak menyerupai makhluk yang bertubuh dan tidak terikat dengan tempat atau ruang. Allah Maha Suci dan Maha Tinggi daripada segala sifat kekurangan yang disandarkan kepada makhluk.

Beliau menjelaskan:

"Yang dimaksudkan dengan hamba mendekatkan diri kepada Allah adalah dengan memperbanyak zikir (mengingati Allah) dan melakukan amal soleh. Ia bukanlah dekat dari sudut zat atau tempat, kerana itu adalah sifat makhluk. Allah Maha Suci dan bebas daripada semua sifat tersebut."

Tambahan pula, Ibnu Manzhur turut menyatakan maksud yang lebih mendalam daripada hadis ini:

"Sesiapa yang taat kepada-Ku, maka Aku akan memberinya ganjaran yang lebih besar daripada apa yang telah diusahakannya."

Hal ini menunjukkan bahawa kasih sayang dan rahmat Allah SWT terhadap hamba-Nya sangat luas. Sesiapa yang mengambil langkah untuk mendekati-Nya melalui ketaatan dan amal soleh, maka Allah akan membalasnya dengan ganjaran yang lebih besar daripada apa yang dilakukan hamba itu sendiri.

Kesimpulannya, hadis ini memberi galakan besar kepada umat Islam untuk sentiasa mengingati Allah dan memperbanyakkan amal soleh. Ia juga menggambarkan betapa Allah sentiasa membuka pintu rahmat-Nya kepada sesiapa yang berusaha mendekatkan diri kepada-Nya, walau hanya dengan langkah yang kecil.

Wallahu a’lam.

Sumber: Harakah Daily

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us