Awal Muharramatau Maal Hijrah merupakan tarikh yang penting bagi semua umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting dalam sejarah Islam. Ia memperingatkan kita akan penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Di Malaysia tarikh 1 Muharram 1442 Hijrah (Awal Muharram / Maal Hijriah) adalah bersamaan 20 Ogos 2020.
Pada setiap tahun, umat Islam akan keliru akan hukum membaca doa kerana ada beberapa pihak yang tampil terutamanya di laman sosial media dengan mendakwa bahawa membaca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu perbuatan yang dilarang.
Walaupun doa ini tidak wajib dibacakan, ia merupakan satu amalan yang baik diamalkan. Barang siapa yang membaca doa awal tahun ini, in shaa Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut. Tetapi sebelum membaca doa awal tahun bila masuknya bulan muharram, terlebih dahulu kita digalakkan membaca doa akhir tahun pada akhir zulhijjah.
**Membaca doa akhir tahun hijrah selepas waktu asar (yang akan diajarkan dalam panduan ini)**
Doa Akhir Tahun
Bilakah waktu untuk membaca doa ini? Bacaan doa akhir tahun ini digalakkan untuk dibaca pada petang selepas waktu Asar pada 29 atau 30 Zulhijjah. Bacaan doa tersebut adalah:
Doa Awal Tahun
Doa awal tahun dibaca pada selepas waktu Maghrib sebanyak 3 kali pada malam 1 Muharram.
Sumber: Hijabista
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.