Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Malaysia Gantung Import Lembu, Kerbau Thailand Elak Risiko Penyakit Kulit Berbonjol

Tindakan diambil serta-merta bagi menjamin kesihatan awam.
Muhammad Izwan Zainal
09 Jun 2021, 02:28 PM

Pengimportan lembu dan kerbau dari Thailand digantung serta-merta oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

malaysia gantung import lembu, kerbau thailand elak risiko penyakit kulit berbonjol

Menerusi satu kenyataan, pihak JPV memaklumkan keputusan itu dibuat selepas penilaian risiko mendapati penyakit kulit berbonjol atau 'Lumpy Skin Disease' (LSD) telah menular ke 41 wilayah di negara itu.

“Ketetapan ini diambil bagi membendung risiko penularan penyakit LSD dari Thailand demi kepentingan industri penternakan ruminan negara,” kata.

malaysia gantung import lembu, kerbau thailand elak risiko penyakit kulit berbonjol

Tambahnya, pengimport, peraih dan penternak tempatan diminta untuk memberi kerjasama dengan membatalkan tempahan dengan pihak pembekal di Thailand.

Sekiranya terdapat gejala LSD pada lembu dan kerbau, semua pemain industri dinasihatkan segera melaporkan kepada pihak berkuasa veterinar.

“Walaupun penyakit LSD tidak zoonotik iaitu tidak menjangkiti manusia, namun ia memberi kesan ekonomi kepada industri penternakan ruminan akibat penurunan berat badan, penurunan pengeluaran susu, keguguran dan kemandulan terhadap ternakan yang dijangkiti,” katanya.

malaysia gantung import lembu, kerbau thailand elak risiko penyakit kulit berbonjol

Penyakit tersebut mula menular di beberapa negara Asia termasuk di India, Bangladesh, Nepal, Bhutan, China, Vietnam, Myanmar dan terkini di Thailand.

Ia disebabkan oleh virus Poxviridae yang boleh tersebar kepada ternakan lembu melalui gigitan vektor serangga seperti nyamuk dan sengkenit.

Penyakit ini juga  boleh berjangkit melalui rembesan air liur dan hidung lembu yang dijangkiti.

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}