Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) telah melancarkan bantuan bernilai RM250,000 bagi membantu hampir 700 keluarga di Pulau Redang dan Pulau Perhentian, Terengganu.
Menurut Ketua Aktivis Kemanusiaannya, Ahmad Sani Araby Alkahery, bantuan melebihi 12 tan itu digerakkan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu.
Tambahnya, lebih 1000 kotak bantuan barangan keperluan asas yang disertakan 500 set lampin bayi dan 500 set susu akan diberikan kepada keluarga tersebut.
“Insya-Allah masyarakat di kedua-dua pulau itu akan dibantu dan ini bukannya kali pertama kerjasama antara pihak kementerian, Mapim dan APM.
“Cuma beza kali ini ialah kita masuk ke pulau dan sudah pasti ada banyak prosedur operasi standard (SOP) yang kita perlu ikuti.
“Biarpun Mapim adalah anggota bersekutu APM tetapi kita telahpun mewajibkan untuk semua anggota termasuk pengendali kenderaan menjalankan ‘swab test’ secara berkala sebelum pergi, semasa berada di pulau, sebelum memasuki pulau dan sebelum balik,” katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al Bakri juga hadir sama bagi menjayakan Misi Bantuan Ihsan: Panggilan Pulau ke Pulau ini.
Pelawak dan pelakon, Zizan Razak juga dilihat bersama di Kompleks Islam Putrajay bagi pelepasan misi bantuan ini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.