Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

MARA Utamakan Pelajar Cemerlang Hafaz al-Quran Untuk Biaya Pengajian ke Luar Negara

ROSTAM, Mohamad Firdaus
29 Apr 2025, 03:01 PM

mara utamakan pelajar cemerlang hafaz al-quran untuk biaya pengajian ke luar negaraFoto: Facebook

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengambil inisiatif baharu dengan memberi keutamaan kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang juga merupakan penghafaz al-Quran, untuk menerima pembiayaan penuh melanjutkan pengajian ke luar negara.

Langkah ini selari dengan misi MARA untuk melahirkan generasi profesional yang bukan sahaja hebat dalam akademik, tetapi juga kukuh dari segi sahsiah dan nilai keagamaan.

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, menerusi satu perkongsian di media sosial, menegaskan bahawa keutamaan ini diberikan kepada pelajar yang bukan sahaja berjaya memperoleh keputusan akademik cemerlang, tetapi dalam masa sama berjaya menghafaz keseluruhan al-Quran.

“Pelajar cemerlang SPM yang hafaz al-Quran akan diberikan keutamaan oleh MARA untuk dibiayai pengajian mereka ke luar negara dalam bidang-bidang strategik profesional,” katanya.

Beliau menambah bahawa MARA sangat komited untuk melahirkan modal insan yang seimbang antara kecemerlangan duniawi dan ukhrawi.

Dengan latar belakang pendidikan agama yang kuat, para pelajar ini diharapkan dapat menjadi pemimpin masa hadapan yang berintegriti tinggi serta berdaya saing di peringkat global.

Sebelum ini, MARA telah membuka permohonan untuk Program Young Talent Development Programme (YTP), satu inisiatif khusus untuk pelajar Bumiputera cemerlang melanjutkan pengajian di universiti-universiti terkemuka dalam dan luar negara.

Program ini menjadi platform untuk mengetengahkan bakat-bakat muda Malaysia ke persada dunia dalam bidang profesional strategik seperti perubatan, kejuruteraan, teknologi, sains, dan perniagaan.

MARA juga menyasarkan untuk membantu lebih ramai pelajar daripada golongan B40, memastikan bahawa latar belakang ekonomi bukan lagi penghalang untuk mencapai kecemerlangan akademik di peringkat tertinggi.

Dengan langkah memperkasa pelajar yang cemerlang dan berakhlak ini, MARA berharap dapat membentuk satu generasi baharu yang bukan sahaja berjaya dalam bidang masing-masing, tetapi juga mampu menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.

Sumber: Facebook Asyraf Wajdi Dasuki

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us