Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Solidariti Untuk Palestin, Masjid Dan Surau Seliaan Jakim Diarah Laksana Solat Hajat

Aimi Amira Nordin
19 Mar 2025, 04:05 PM

solidariti untuk palestin, masjid dan surau seliaan jakim diarah laksana solat hajat

Foto: Bernama

Semua masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarah melaksanakan solat hajat secara berterusan sebagai doa kepada rakyat Palestin sepanjang baki Ramadan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata solat hajat itu juga tanda solidariti Malaysia terhadap rakyat Palestin susulan tindakan kejam rejim Israel mengingkari perjanjian gencatan senjata dan melakukan serangan tanpa perikemanusiaan di Gaza.

Beliau berkata kerajaan Malaysia dengan tegas mengutuk keras tindakan kejam Zionis itu dan menyifatkan pembunuhan 404 nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak manakala 562 lagi cedera dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, adalah jenayah perang yang tidak boleh diterima sama sekali.

"Umat Islam di seluruh negara diseru untuk bersama-sama bermunajat kepada Allah SWT agar diberikan keselamatan dan kemenangan kepada rakyat Palestin yang ditindas.

"Malaysia kekal teguh dalam pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin dan tidak akan berdiam diri terhadap kezaliman ini," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk bertegas dengan rejim Israel dan berikan keadilan buat rakyat Palestin.

Israel melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza, sekali gus mencabuli perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 19 Januari.

Sumber: Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us