Kesilapan melaungkan azan Maghrib tiga minit sebelum waktu sebenar pada Isnin lalu menggemparkan penduduk sekitar itu.
Pengurusan Masjid Al-Khairiyah di Taman Sri Gombak tampil memohon maaf atas kejadian yang berlaku di masjid itu.
Menurut Wan Nawawi, Nazir masjid, dia menekankan kesilapan itu berlaku berpunca dari masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid terbabit.
Tambahnya lagi, ibadah puasa terbatal bagi jemaah yang bergantung kepada laungan azan Maghrib dari masjid terlibat pada hari tersebut.
Jemaah boleh mengikut syarah hukum melalui Bayan Linnas Siri ke-97 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 18 Jun 2017, puasa pada hari itu wajib di qada.
"Sekali lagi kami mohon maaf dan Insya-Allah perkara sebegini tidak akan berlaku lagi," katanya lagi.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.