Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Melaka Benarkan Pelaksanaan Solat Jumaat, Fardu Dengan Kehadiran 500 Jemaah Mulai Esok

Pelaksaan ini adalah langkah mengimarahkan masjid-masjid di negeri itu
Editor
27 Jan 2021, 04:27 PM

Mulai esok, kerajaan negeri Melaka telah membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan fardu lima waktu berjalan seperti biasa dengan kehadiran sehingga 500 jemaah.

melaka benarkan pelaksanaan solat jumaat, fardu dengan kehadiran 500 jemaah mulai esok

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, sebagai langkah mengimarahkan masjid-masjid di negeri itu, aktiviti kuliah Maghrib dan bacaan Yassin pada setiap hari Khamis malam Jumaat turut dibenarkan.

“Jumlah jemaah untuk aktiviti yang dibenarkan adalah berdasarkan kapasiti bangunan masjid dan surau dengan penjarakan fizikal satu meter dan solat di luar bangunan masjid dan surau adalah dilarang.

“Bagi masjid kerajaan, maksimum jemaah dibenarkan seramai 500 jemaah, masjid kariah dan institusi maksimum 250 orang dan surau adalah sehingga seramai 75 orang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Walaupun sudah diberi kelonggaran bagi kuliah Maghrib dan bacaan Yaasin serta Tahlil pada hari Khamis malam Jumaat. Namun, kehadiran penceramah dari luar Melaka tidak dibenarkan, katanya.

melaka benarkan pelaksanaan solat jumaat, fardu dengan kehadiran 500 jemaah mulai esok

“Kita ambil keputusan aktiviti kuliah dan program selain kuliah Maghrib hendaklah ditangguhkan.

“Jawatankuasa masjid dan surau mesti memastikan jemaah mematuhi prosesur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti pendaftaran jemaah, pemakaian pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal,” tambahnya.

Selain itu, Sulaiman berkata, upacara akad nikah masih dibenarkan dengan mengikut SOP ditetapkan, namun lokasi majlis yang ditetapkan hanyalah di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) bagi kariah yang berada dalam zon jingga dan merah.

Sementara akad nikah di masjid kariah pula, kebenaran diberikan kepada mereka yang berada dalam zon kuning dan hijau atau mana-mana lokasi yang dibenarkan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}