Sekarang ini wujudnya satu aplikasi yang boleh mengubah wajah kepada tua mahupun muda dan ada juga boleh menukar kepada berlainan jantina. Ini pendapat Mufti Wilayah dalam pembicaraan hukum menggunakan aplikasi tersebut.
Secara umumnya, merujuk kepada fungsi aplikasi wajah (FaceApp) yang bertujuan untuk mengubah foto wajah. Ianya dilihat seperti mempersendakan firman Allah ﷻ yang melarang hamba-Nya mengubah fitrah ciptaan asal. Mengubah ciptaan Allah SWT bermaksud mengubah fitrah yang telah Allah SWT tetapkan pada makhluknya; sama ada daripada sudut agama atau penciptaan-Nya. Ini berdasarkan dalil-dalil berikut:
فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ
Maksudnya : Tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia atas fitrah itu,Tidaklah patut ada sebarang perubahan pada penciptaan (fitrah) Allah itu. (Surah al-Rum, ayat 30)
Mengubah ciptaan Allah turut termasuk dalam tipu daya syaitan. Ini berdasarkan dalil berikut :
وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ
Maksudnya: Dan aku (syaitan) akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". (Surah an-Nisa’, ayat 119)
Jadi segala meneliti segala dalil dan hujah, penggunaan aplikasi menukar foto wajah (FaceApp) adalah dilarang. Larangan tersebut adalah kerana ia mendapati unsur penipuan terhadap wajah yang bukan asli, mengelirukan identiti sebenar dan mengaibkan individu tersebut yang boleh terjemah dalam ancaman fitnah.
Sumber: Mufti Wilayah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.