Mesin basuh dipakai setiap masa untuk mencuci pakaian yang kotor atau yang sudah dipakai.
Korang tahu tak mesin basuh sebenarnya kena cuci at least 3 minggu sekali. Kita tak nampak kotoran halus yang melekat pada dinding mesin basuh. Kadang-kadang pelik juga apabila nampak tompokan sabun pada pakaian yang baru dibasuh.
Jom tengok cara yang betul untuk mencuci mesin basuh:
- Masukkan setangah cawan baking soda ke dalam tub kemudian masukkan 1 cawan cuka ke dalam bahagian sabun pencuci. Jangan lupa untuk set kan pada basuhan paling lama.
- Set kan air panas kalau ada dan biarkan ia berpusing. Sekali sekali jenguk warna air. Kalau tak pernah cuci mesin basuh mesti airnya kotor.
- Kalau ada bleach di rumah, gunakan ia untuk 2nd round. Masukkan setengah cawan bleach di tempat sabun dan gunakan air panas. Set kepada set basuhan yang paling singkat pula.
- Jangan lupa untuk cuci tempat letak sabun, jangan biar ia berkerak. Basuh saja semua bahagian yang boleh dibasuh.
Selepas cuci mesin basuh korang akan perasan baju yang korang baru cuci mesti lebih wangi. Rajin rajin la cuci mesin basuh agar kita sekeluarga dijamin bersih dan sihat.
Sumber: Mingguan Wanita
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.