Susulan serangan terhadap Palestin, lebih 250 warga Gaza yang cedera dibawa ke Mesir semalam untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan, kata sumber kesihatan di sempadan.
Malah, tiga konvoi yang membawa 263 rakyat Palestin itu melintasi pos sempadan Rafah ke wilayah Sinai Utara yang bergolak di Mesir.
Menerusi kenyataan di akaun Facebook Bulan Sabit Merah Mesir di Sinai Utara, pasukan kecemasan perubatan dikerahkan untuk membantu memindahkan mangsa.
Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi mengarahkan pihak berkuasa untuk membuka hospital negara itu bagi merawat mangsa yang tercedera dari Semenanjung Gaza, lapor media tempatan.
Sekatan menerusi jalan darat dan laut di Gaza telah disekat dengan ketat sejak pejuang Hamas menguasai kawalan di wilayah yang miskin dan mempunyai populasi sekitar dua juta rakyat Palestin pada 2007.
Rafah adalah satu-satunya akses ke Gaza dari 'dunia luar', yang tidak dikawal oleh Israel.
Sumber: Berita Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.