Usaha bagi pembinaan semula sempadan Gaza dibincang dalam sidang kemuncak yang diadakan di Kaherah, Mesir.
Perbincangan itu berlangsung susulan keganasan 11 hari oleh tentera Zionis Israel terhadap penduduk palestin di Gaza.
Sidang kemuncak tersebut diadakan selama empat hari dihadiri diplomat dan duta besar itu bagi membincangkan untuk membaiki kemusnahan teruk di Semenanjung Gaza.
Menurut duta besar Palestin ke Kaherah, Diab al-Louh, penduduk di Gaza memerlukan Mesir dan negara-negara Arab bersaudara untuk bergerak dengan pantas bagi memberikan bantuan kepada Semenanjung Gaza.
“Semua sektor terjejas, jaringan infrastruktur, elektrik, air, jaringan jalan raya, kemudahan perkhidmatan dan rumah penduduk.
“Kami mempunyai 70,000 warga Palestin tanpa tempat tinggal,” katanya.
Malah, Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi mengumumkan peruntukan sebanyak AS$500 juta untuk pembinaan semula di Semenanjung Gaza pada Mei lalu.
Firma negara berkenaan juga akan berganding bahu dalam pembinaan semula ini berjalan lancar.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.