Baru-baru ini, satu penemuan menakjubkan dari Mesir di mana ahli arkeologi negara timur tengah itu berjaya menemui sebuah bandar yang hilang berusia kira-kira 3,000 tahun.
Menerusi satu misi arkeologi itu, kawasan yang ditemui lengkap dengan tinggalan struktur rumah yang diperbuat daripada tanah liat, serta artifak-artifak bersejarah dan alatan dari zaman firaun.
Memetik laporan AP News, bandar mati yang ditemui di selatan Luxor itu mungkin telah wujud sejak zaman King Amenhotep III dari dinasti ke-18.
Ahli arkeologi telah melakukan ekskavasi di kawasan sama sejak tahun lepas bagi menjejaki makam King Tutankhamun.
Walaupun hanya beberapa minggu sahaja, mereka menjejaki satu penemuan baharu yang dilihat seperti sebuah bandar yang besar.
Antara tinggalan yang ditemui termasuk rangka manusia, sisa kapal arak, cincin, pasu, selendang, tembikar termasuk alatan menjahit.
Sumber: AP News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.