Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Masih Kuat & Utuh, Mimbar Ini Sudah Berusia 211 Tahun

Mimbar ini dipercayai tidak diubah dan masih terjaga.
Muhammad Izwan Zainal
21 Apr 2021, 02:27 PM

Masjid Losong Haji Mohd di Terengganu mempunyai keistimewaan tersendiri kerana terdapat sebuah mimbar yang masih utuh berdiri walaupun telah berusia 211 tahun.

masih kuat & utuh, mimbar ini sudah berusia 211 tahun

Menurut Ketua Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Harleny Abd Arif berkata, ia telah dibina pada tahun 1810 Masihi berdasarkan kandungan inskripsi yang terdapat pada bahagian gunungan mimbar tersebut, 

“Apa yang uniknya, pada gunungan mimbar tersebut terdapat ukiran angka 1225 Hijrah, tersembunyi di sebalik inskripsi seni khat Thuluth yang disusun secara bertindan. 

“Ia diukir di dalam ruangan yang berbentuk seakan pohon budi. Apabila ditukar kepada tahun masihi ia bersamaan dengan 1810 Masihi yang dikenal pasti sebagai tahun pembuatan mimbar tersebut.

“Selain itu, pada ruangan berbentuk pohon budi itu juga terdapat kandungan inskripsi yang tertera perkataan ‘Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam’,” katanya.

masih kuat & utuh, mimbar ini sudah berusia 211 tahun

Harleny berkata, walaupun tidak tertera nama pengukir pada inskripsi tersebut, berdasarkan pengamatannya pada motif ukiran mimbar berketinggian lebih tiga meter itu ia telah dihasilkan oleh pengukir yang tersohor pada era tersebut.

Tambahnya lagi, motif bunga teratai dan motif Langkasuka yang terdapat pada gunungan mimbar tersebut turut ditemukan dalam ragam hias mimbar atau sejumlah artifak di Indonesia.

“Antaranya ialah pada gunungan mihrab Masjid Agung Sang Cipta Rasa atau dikenali sebagai Masjid Agung Cirebon di Jawa Barat, sejumlah gunungan mimbar tua di Acheh dan rehal yang menjadi alas mushaf al-Quran tulisan tangan milik seorang guru agama, Abdurrahman Stambul di Masjid Raya Sultan Riau Penyengat di Kepulauan Riau,” katanya.

masih kuat & utuh, mimbar ini sudah berusia 211 tahun

Identiti mimbar mimbar itu mempengaruhi reka bentuk gunungan di Alam Melayu dan mempunyai sulur di sisi kiri dan kanan pada bahagian gunungannya.

Mimbar itu diukir menggunakan teknik Tebuk Tembus Bersilat dan teknik Tebuk Timbul Bersilat  yang dipasang secara pasak dan diletakkan di atas binaan konkrit pada bahagian gunungan yang menyerlahkan lagi keindahannya.

Ahli jawatankuasa masjid sentiasa berusaha menjaga mimbar itu dengan mengecat setiap dua atau tiga tahun sekali supaya ia sentiasa terpelihara untuk menjadi tatapan dan kebanggaan generasi akan datang.

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}