Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

“Ya Allah, Lindungi Setiap Jiwa Yang Berlayar ke Gaza..” - Mimi Lana Titip Doa Buat Peserta Global Sumud Flotilla

ROSTAM, Mohamad Firdaus
19 Sep 2025, 11:01 AM

“ya allah, lindungi setiap jiwa yang berlayar ke gaza..” - mimi lana titip doa buat peserta global sumud flotillaFoto: Instagram

Pelakon, Mimi Lana menerusi satu hantaran di platform Threads menzahirkan doa dan sokongan terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang kini dalam pelayaran menuju ke Gaza.

“Ya Allah, lindungi setiap jiwa yang berlayar ke Gaza. Kukuhkan hati mereka, selamatkan perjalanan mereka dan berkatilah niat mereka. Semoga rahmat dan harapan segera sampai ke Gaza, dan semoga keamanan serta keadilan dikembalikan. آمين 🤲🏼🇵🇸,” tulisnya dengan tanda pagar #PrayForGaza dan #GlobalSumudFlotilla.

Misi Global Sumud Flotilla (GSF) dilancarkan sebagai inisiatif antarabangsa bagi menamatkan sekatan laut Israel ke atas Gaza serta menyampaikan bantuan kemanusiaan. Diterajui gabungan NGO dan aktivis global, flotilla ini disertai lebih 15,000 peserta daripada 44 negara, termasuk delegasi Malaysia melalui Sumud Nusantara Asian Flotilla.

Kapal-kapal yang menyertai misi berkenaan berlepas dari beberapa pelabuhan Mediterranean sejak akhir Ogos lalu, dengan sasaran untuk tiba di Gaza sekitar pertengahan September. Antara bekalan yang dibawa termasuk makanan, perubatan dan keperluan asas bagi meringankan beban penduduk Gaza.

Bagaimanapun, perjalanan misi ini berdepan pelbagai cabaran, termasuk ancaman keselamatan, keadaan cuaca, serta risiko serangan di laut. Salah sebuah kapal dilaporkan mengalami kebakaran kecil selepas dipercayai terkena serangan objek dari udara.

GSF menegaskan bahawa misi ini bersifat aman serta mematuhi undang-undang antarabangsa, selain menjadi simbol solidariti rakyat dunia terhadap Palestin.

Doa dan sokongan yang dizahirkan Mimi Lana mencerminkan keprihatinan masyarakat Malaysia terhadap isu kemanusiaan di Gaza, sekali gus menguatkan mesej bahawa perjuangan ini bukan sahaja bersifat politik, tetapi turut melibatkan suara rakyat di seluruh dunia.

Sumber: Threads

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us