Mitos orang ramai mengenai pengambilan vitamin C sebagai langkah untuk mencegah jangkitan COVID-19 adalah tidak benar dan ia boleh memudaratkan kesihatan jika diambil terlalu banyak, kata saranan pakar-pakar kesihatan.
Menurut Timbalan Presiden Persatuan Medical Mythbusters Malaysia, Mohd Dziehan Mustapa berkata, beliau menegaskan tiada bukti saintifik yang mengatakan pengambilan suplemen vitamin C adalah penawar COVID-19.
“Setakat hari ini, tidak ada penawar untuk COVID-19 di mana langkah pencegahan terbaik hanyalah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menjaga kebersihan.
“Untuk mendapatkan keperluan vitamin C yang cukup, pastikan anda memakan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Mikronutrien seperti vitamin D dan C dan zink memainkan peranan penting untuk kesihatan imun tubuh,” katanya.
Tambahnya, pengambilan dos maksimum vitamin C dalam sehari haruslah tidak melebihi 2,000 miligram (mg).
“Sebenarnya dos sebanyak 200mg sudah mencukupi. Saranan pengambilan Nutrients-Malaysia (RNI) dalam kalangan individu dewasa untuk vitamin C adalah 70mg/sehari sahaja. Keperluan sebanyak ini (200mg) juga boleh diperoleh melalui sumber sayur-sayuran dan buah-buahan.
“Serapan tubuh jika vitamin C diambil secara oral adalah sekitar 69 peratus manakala dos melebihi 1,000mg sehari pula adalah tinggi dan boleh menyebabkan seseorang itu alami kesan sampingan,” katanya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.