Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Ayuh Muhasabah Diri, Positifkan Minda Anda!

Moga kita sentiasa di bawah perlindungan-Nya
Muhammad Izwan Zainal
08 Apr 2021, 06:28 PM

Adakah anda ingat, bila kali terakhir anda bermuhasabah diri?

ayuh muhasabah diri, positifkan minda anda!

Sebagai permulaan, muhasabah adalah tindakan diri sendiri dalam menilai fikiran, pendirian, dan perasaan untuk perbaiki diri atau erti kata lain disebut introspeksi.

Asal usul perkataan ‘Muhasabah’ sebenarnya datang daripada perkataan Arab. Perkataan asalnya adalah حسب (hasaba-yahsubu-hisaaban) yang bermaksud menghitung atau mengira. 

ayuh muhasabah diri, positifkan minda anda!

Ia sebagai usaha seorang Muslim untuk menghitung dan menilai diri sendiri. Setiap mukmin digalakkan melakukan muhasabah tidak kira dalam urusan dunia mahupun akhirat.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Hasyr 59:18)

Dalam Islam, setiap perkara yang berlaku akan dicatat oleh malaikat pencatat amalan serta dalam pengetahuan Allah SWT.

ayuh muhasabah diri, positifkan minda anda!

Kata-Kata Mutiara Tentang Muhasabah Diri Daripada Ahli Sufi, Imam Hasan Al-Basri pernah berkata bahawa,

“Demi Allah sesungguhnya orang Mukmin itu selalu menegur dirinya: Apa yang aku inginkan dengan percakapanku? Apa yang aku inginkan dengan makananku? Apa yang aku inginkan dengan minumku? Akan tetapi orang yang lemah terus melakukan dosa setapak demi setapak tanpa menyesali dirinya.

“Orang mukmin adalah orang yang sentiasa memperhatikan diri sendiri. Malah dikatakan bahawa proses perhitungan amal di hari kiamat kelak akan terasa lebih ringan jika seseorang sudah selalu memperbetulkan dirinya di dunia,” tambah Imam Hasan Al-Basri lagi. 

Secara keseluruhannya, muhasabah adalah perkara penting bagi orang yang beriman. Jika seorang mukmin itu terlepas pandang daripada memerhatikan apa yang telah dilakukan sepanjang hidupnya, ia boleh cenderung meremehkan banyak perkara, serta mudah terjerumus ke dalam dosa dan kesilapan. 

Wallahu’lam.

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}