Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Beroperasi Lebih 1 Abad, Nasi Kandar Hameediyah Diiktirafkan Sebagai 'Nasi Kandar Tertua 'Di Malaysia

Kalau nak pekena nasi kandar, biar kena yang power punya!
Editor
13 Jul 2020, 07:00 AM

Tak kisah la duduk di negeri mana di Malaysia, semua orang pasti pernah menikmati kelazatan Nasi Kandar.

nasi kandar hameediyah diiktiraf sebagai ‘nasi kandar tertua’ di malaysia, cecah lebih satu abad!

Kuah campur membanjiri nasi putih kalau nak lebih extra nasi beriani, pekena pula dengan lauk kambing ataupun ayam madu, ditambah pula dengan kerangupan papadom dan dinikmati dengan kesegaran teh ais berbuih. Memang power!

Tapi memang tak boleh dinafikan, nasi kandar yang paling padu semestinya terletak di syurga makanan, Pulau Pinang. Setiap sudut di Penang sudah pasti akan ada nasi kandar. Dan bila dengar nasi kandar sudah tentu satu nama restoran Nasi Kandar ini akan keluar dari bibir semua orang, Nasi Kandar Hameediyah.

nasi kandar hameediyah diiktiraf sebagai ‘nasi kandar tertua’ di malaysia, cecah lebih satu abad!

nasi kandar hameediyah diiktiraf sebagai ‘nasi kandar tertua’ di malaysia, cecah lebih satu abad!

Baru-baru ini, Restoran Hameediyah telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai restoran nasi kandar tertua di negara ini.

Dahsyat kan! Menurut laporan Bernama, Ketua Pegawai Operasi MBR, Christopher Wong berkata restoran nasi kandar itu yang sememangnya sudah popular setelah sekian lama bahkan amat dikenali oleh pelancong tempatan dan antarabangsa telah berusia lebih 100 tahun. Restoran ini mula menjalankan perniagaan ini sejak tahun 1907 lagi.

nasi kandar hameediyah diiktiraf sebagai ‘nasi kandar tertua’ di malaysia, cecah lebih satu abad!

Meskipun usia sudah mencecah lebih 1 abad namun restoran ini tetap kekal popular sehingga ke hari ini. Malah, restoran sudah diwarisi generasi yang ketujuh keluarga berkenaan.

Sijil pengiktirafan MBR itu diserahkan kepada pemilik restoran Hameediyah, Ahamed Seeni Pakir Abdul Shukor.

Ahamed juga menzahirkan kesyukuran atas pengiktirafan MBR itu dan berjanji akan terus menghidangkan makanan dan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan yang datang ke restoran itu.

“Kami sangat gembira atas pengiktirafan ini dan kami berasa sangat istimewa dan dihormati,” katanya.

nasi kandar hameediyah diiktiraf sebagai ‘nasi kandar tertua’ di malaysia, cecah lebih satu abad!

nasi kandar hameediyah diiktiraf sebagai ‘nasi kandar tertua’ di malaysia, cecah lebih satu abad!

Menurutnya, restoran Hameediyah pernah dikunjungi oleh ramai tetamu terhormat, seperti pelakon, Menteri bahkan Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong.

“Seri Paduka Baginda berkenan berkunjung ke sini (Restoran Hameediyah) tahun ini, tetapi seperti kebanyakan pelanggan, kedatangan baginda tidak dijadualkan tetapi sekadar untuk menikmati makanan di sini," katanya.

Selain itu, Ahamed turut berkata restoran itu akan mewarisi resipi keluarga itu kepada generasi seterusnya dan mempunyai pelan untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara.

nasi kandar hameediyah diiktiraf sebagai ‘nasi kandar tertua’ di malaysia, cecah lebih satu abad!

Kini cawangan restoran Nasi Kandar Hameediyah terdapat bukan sahaja di Butterworth tapi boleh ada juga satu cawangan di Kota Damansara, Petaling Jaya dan akan membuka cawangan baharu di Sungai Ara, Georgetown bulan hadapan.

Sumber: Remaja / Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}