Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadan akan menjelma, ayuh persiapkan diri kita dengan niat puasa Ramadan tahun ini.
Jom ingat semula niat puasa Ramadan untuk sebulan dan harian untuk manfaat bersama.
Bagaimana lafaz niat puasa Ramadan? Bilakah waktu untuk niat puasa?
Waktu untuk berniat puasa adalah bermula daripada terbenamnya matahari, iaitu masuk waktu maghrib sehinggalah terbit fajar saddiq, iaitu waktu subuh.
Niat Puasa Sebulan
Niat ini dilakukan sekali sahaja, pada malam pertama Ramadan.
Niatnya adalah:
Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya:
Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadan kerana Allah Taala
Niat Puasa Harian
Jika menggunakan niat ini, kita perlu berniat setiap malam.
Niatnya adalah:
Nawaitu Sauma Rghodin An Ada’ie Fardhi Shahri Ramadana Hazihissanati Lillahi Taala
Maksudnya:
Sahaja aku berpuasa pada esok hari disebabkan menunaikan fardu bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah Taala.”
Insya-Allah sama-sama kita amalkan dan berkongsi kepada orang lain menjelang Ramadan ini.
Sumber: akuislam.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.