Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Nurly Shahirah Azman Hafizah Hingga Ke Akhir Nafas

IDRUS, Husna Najwa
11 Jun 2025, 11:22 AM

nurly shahirah azman hafizah hingga ke akhir nafas

Foto: Facebook (Najmuddin Azman)

Pada malam 9 Jun 2025, nama Nurly Shahirah Azman, 23, terpahat dalam hati ramai selepas tragedi tragis melibatkan bas UPSI di Gerik. Nurly bukan sekadar penuntut biasa beliau seorang hafizah yang menghafaz 30 juzuk Al-Quran, kini menjadi simbol cinta ilmu yang tak pernah luntur.

Menurut abangnya, Mohd Najmuddin Azman, Nurly mengamalkan teknik tahriri iaitu menulis semula ayat-ayat suci Al-Quran dengan tangan setiap hari sebagai cara menguatkan hafazannya.

nurly shahirah azman hafizah hingga ke akhir nafas

Foto: Facebook (Najmuddin Azman)

Ketika pasukan penyelamat tiba, jenazah Nurly ditemui dengan Al-Quran di dada, seolah-olah itulah teman terakhirnya dan kisah ini menyentuh hati seluruh negara.

Sepanjang hidupnya, beliau tidak pernah tinggal rutin membaca Al-Quran dan pemergiannya dalam keadaan memegang kitab suci menguatkan kepercayaan bahawa Allah menerima hamba-Nya yang mencintai Al-Quran.

Nurly merupakan bekas pelajar SM Imtiaz Besut dan dikenal sebagai insan yang sangat menghormati dan menghargai gurunya. Beliau pernah menghafaz empat muka surat dalam satu sesi tasmik, dan menjadi rakan murajaah ustazah.

Arwah dikatakan ingin menjadi guru pendidikan khas dan dijadualkan untuk menjalani latihan praktikal Ogos ini.

Walaupun hayatnya terlalu singkat,Nurly Shahirah mewariskan kisah cinta ilmu dan kasih kepada Al-Quran yang abadi. Teknik tahriri, disiplin hafalan serta pengakhiran mulianya menjadi teladan buat semua, menyerlahkan betapa istimewanya untuk terus berpegang kepada ukhuwah dan ilmu.

Semoga roh Nurly dicucuri rahmat, dan namanya disemat dalam kalangan mereka yang dicintai Allah. Al-Fatihah.

Sumber: Facebook

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us