Bulan Ramadan adalah bulan keberkatan di mana umat Islam pasti berebut untuk membuat amal ibadat yang mendapat ganjaran pahal daripada Allah SWT berlipat kali ganda.
Tahukah anda, ada juga individu yang boleh meninggalkan puasa atas sebab-sebab tertentu?
Terdapat beberapa golongan yang dibolehkan untuk meninggal puasa.
Antaranya adalah:
1. Orang yang hilang daya upaya untuk berpuasa seperti sakit perut dan sakit kepala yang serius serta jenis-jenis penyakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran.
2. Orang musafir dalam perjalanan yang membolehkan qasar (memendekkan rakaat) solat.
3. Orang yang terlalu tua dan amat lemah untuk berpuasa.
4. Orang yang tersangat lapar dan dahaga sehingga kalau diteruskan akan mendatangkan mudarat seperti dia bekerja berat tengah panas atau sebagainya.
5. Perempuan hamil atau perempuan menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri sendiri atau anak yang disusui itu.
Sumber: akuislam.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.