Keputusan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) untuk membentuk sebuah jawatankuasa bebas bagi menyiasat serangan Israel disambut baik Palestin.
Siasatan antarabangsa akan dilancarkan UNHRC terhadap pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan Israel di wilayah Palestin yang diceroboh sejak April.
Tambahnya, keputusan itu menuntut siasatan terhadap tindakan ganas tentera Israel dan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, serta "faktor utama" ketegangan antara kedua-dua pihak.
Menurut satu kenyataan Kementerian Luar Palestin, 24 negara anggota yang menyokong keputusan itu "berdiri untuk keadilan, hak dan pertanggungjawaban."
"Pembentukan jawatankuasa itu mencerminkan desakan masyarakat antarabangsa untuk pertanggungjawaban, pelaksanaan undang-undang dan melindungi hak asasi kemanusiaan penduduk Palestin," tulisnya.
Pengarah bahagian media gerakan Hamas di Gaza, Ahmad Murra mengatakan Hamas menganggap keputusan UNHRC sebagai “langkah yang betul.”
“Penting untuk mencapai kebenaran, memastikan keadilan buat penduduk Palestin dan mendedahkan pencabulan Israel,” katanya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.