Setiap isi rumah pasti mempunyai papan pemotong di dapur bagi tujuan masakan dan sentiasa digunakan untuk memotong pelbagai jenis bahan masakan.
Tahukah anda? Papan pemotong antara punca keracunan makanan yang menyebabkan anda cirit birit dan sakit perut.
Malah, 1 cm persegi papan pemotong mengandungi lebih 24 ribu bakteria bersamaan 200 kali ganda lebih banyak berbanding kuman di tempat duduk tandas.
Walaupun keadaan papan pemotong telah daif dan tampak menjijikkan, jangan tak tahu, RAMAI yang masih menggunakannya!
Ia boleh berpunca dengan papan pemotong yang begitu kotor dan terdapat banyak rekahan serta kesan calar yang menjadi tempat kuman seperti Salmonella dan e coli bertandang.
Malah, perkongsian penggunaan papan pemotong bagi bahan mentah seperti ayam, ikan, daging, sayuran dan buah-buahan juga perlu dielakkan.
Jadi, janganlah alpa dalam menjaga kebersihan papan pemotong sebelum menggunakannya bagi mengelak daripada berlakunya perkara yang memudaratkan.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.