Ke Udara

Munif Hijjaz x Far East

Asma

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Album Art Ke Udara

Asma

Munif Hijjaz x Far East

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Pasangan Warga Emas Meninggal Dunia Akibat Kebakaran, Badan Melecur Hampir 50 Peratus

Menyayat hati! Kebakaran meragut nyawa warga emas.
Muhammad Izwan Zainal
10 Jun 2021, 12:07 PM

Seorang warga emas yang melecur dalam kebakaran yang mengorbankan isterinya di Kampung Losong Haji Su, Terengganu meninggal dunia pagi ini selepas tiga hari bertarung nyawa.

Mangsa yang berumur 82 tahun, Jusoh Muda menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.31 pagi ini.

pasangan warga emas meninggal dunia akibat kebakaran, badan melecur hampir 50 peratus

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Md Hilman Ab Rashid, mangsa meninggal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) ketika menerima rawatan susulan di sana.

Tambahnya, mangsa mengalami kecederaan yang serius dan melecur kira-kira 50 peratus pada bahagian kaki dan badan.

“Susulan kecederaan yang dialami itu, mangsa disahkan meninggal dunia pada awal pagi tadi,” katanya.

pasangan warga emas meninggal dunia akibat kebakaran, badan melecur hampir 50 peratus

Terdahulu, pada Isnin lalu seorang wanita warga emas ditemui maut manakala suaminya melecur selepas kediaman mereka hangus dijilat api.

Kejadian kira-kira jam 10.35 pagi itu mengorbankan mangsa Fatimah Mohd di tempat kejadian selepas terperangkap dalam kediaman miliknya.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

Ads With Us Ads With Us Ads With Us