Pejam celik, pejam celik hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi peluang terakhir untuk kita mengumpul amalan sebanyak mungkin kelebihan dan fadhilat yang dikurniakan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.
Umat Islam diingatkan juga dalam tempoh terakhir ini, terdapat satu malam yang dinamakan Lailatulqadar.
Amalan ibadah dan kebaikan yang dilakukan akan mendapat ganjaran pahala beribadah menyamai pahala seribu bulan.
Menjelang pecutan terakhir Ramadan ini, umat Islam disaran melakukan pelbagai perkara yang mendatangkan kebaikan dan amalan yang berterusan.
Antara perkara yang boleh dilakukan menjelang pecutan terakhir Ramadan ini ialah;
1. Umat Islam hendaklah meyakini segala balasan baik telah dijanjikan oleh Allah kepada hamba Allah yang beriman dan beramal soleh.
2. Umat Islam dinasihatkan agar tidak lalai dengan kesibukan membuat persiapan hari raya hingga lupa untuk mempertingkatkan amal soleh sebagai bekalan bertemu dengan Allah SWT.
3. Umat Islam wajib mengeluarkan zakat fitrah dan meneruskan bersedekah demi mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.
Semoga Ramadan yang penuh cabaran tahun ini akan menjadi titik perubahan dalam diri kita, menjadi insan bertaqwa dan diredhai Allah SWT di dunia dan di akhirat.
Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.