Foto: Malaysia Rugby
Kesatuan Ragbi Malaysia mewajibkan semua pemain lelaki dan wanita beragama Islam untuk memakai legging atau seluar ketat panjang sepanjang berlangsungnya Kejohanan Ragbi Tujuh Sepasukan Kebangsaan yang dijadualkan dari dua puluh lima hingga dua puluh tujuh Julai ini.
Arahan rasmi tersebut diumumkan melalui kenyataan pendek yang dimuat naik di laman media sosial rasmi Kesatuan Ragbi Malaysia sebagai garis panduan etika pemakaian untuk kejohanan yang akan berlangsung di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Terengganu.
Dalam kenyataan tersebut, pihak penganjur memaklumkan bahawa pemakaian legging atau seluar panjang adalah diwajibkan bagi semua pemain beragama Islam sebagai langkah mematuhi nilai syariah serta menghormati budaya tempatan. Kenyataan itu menyebut bahawa arahan tersebut diambil bagi menggalakkan pematuhan syariah yang selari dengan nilai masyarakat setempat.
Inisiatif ini mendapat sambutan baik dalam kalangan peminat serta komuniti ragbi tanah air. Rata-rata melihat langkah tersebut sebagai satu usaha mendidik serta menghormati sensitiviti agama, terutama dalam penganjuran kejohanan berskala kebangsaan. Malah, terdapat juga cadangan agar pematuhan kepada etika pemakaian ini turut melibatkan pengadil yang bertugas sepanjang kejohanan berlangsung.
National 7s Sebagai Pentas Tertinggi Ragbi Negara
Kejohanan Ragbi Tujuh Sepasukan Kebangsaan tahun dua ribu dua puluh lima bakal menyaksikan penyertaan sebanyak empat puluh satu pasukan daripada pelbagai kategori. Daripada jumlah tersebut, dua belas pasukan akan bersaing dalam kategori Terbuka Lelaki, tujuh pasukan dalam kategori Terbuka Wanita, dua belas pasukan Lelaki Bawah dua puluh satu tahun dan sepuluh pasukan Wanita Bawah dua puluh satu tahun.
Kejohanan ini dianggap sebagai acara paling berprestij dalam kalendar ragbi Malaysia sejak diperkenalkan pada tahun satu ribu sembilan ratus lapan puluh lapan. Ia menjadi medan utama pencarian bakat baharu serta persaingan tertinggi bagi pemain tempatan.
Pada edisi terdahulu yang turut berlangsung di negeri Terengganu, pasukan Johor berjaya meraih kejuaraan dalam dua kategori utama. Dalam kategori Terbuka Lelaki, Johor menewaskan Selangor dengan keputusan dua puluh dua kosong. Sementara itu, pasukan yang sama turut menjuarai kategori Lelaki Bawah dua puluh satu tahun selepas mengalahkan Terengganu dua puluh enam belas belas belas dua belas.
Bagi kategori Terbuka Wanita, pasukan Selangor muncul juara selepas menundukkan Perlis dengan keputusan lima belas berlawan lima. Dalam kategori Wanita Bawah dua puluh satu tahun pula, Terengganu unggul sebagai juara selepas menewaskan Selangor dengan keputusan tujuh belas kosong.
Sumber: Facebook
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.