Satu pasangan pengantin Muslim di New Zealand terlibat dengan nahas helikopter yang terhempas bersama jurugambar perkahwinan.
Kejadian itu berlaku kepada pengantin baru Mahdi Zougub dan Fay El Hanafy yang dalam perjalanan menaiki helikopter untuk sesi fotografi pasca perkahwinan selepas diijabkabul.
Para tetamu terkejut dengan nahas yang berlaku ketika majlis perkahwinan berlangsung dan memaklumkan ada bunyi terhempas kedengaran.
Pasangan itu dan jurugambar Rachel Jordan dikejarkan ke Hospital Christchurch dengan helikopter dan mangsa keempat dibawa menaiki ambulans kerana mengalami kecederaan ringan.
Pengantin lelaki mengalami patah pinggul akan menjalani pembedahan pada Ahad, manakala isterinya juga akan menjalani pembedahan pada Isnin.
Terdahulu, pasangan itu pernah menangguhkan perkahwinan mereka akibat tragedi berdarah serangan masjid di Christchurch pada 15 Mac 2019.
Namun, perkahwinan mereka tetap ditangguhkan akibat COVID-19 sehingga mereka bekerja keras setiap hari untuk mengumpul wang bagi melangsungkan hari bersejarah buat mereka.
Sumber: Stuff
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.