Pengorbanan seorang suri rumah yang terpaksa mengendahkan risikonya dengan menghuni Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) COVID-19 biarpun tidak disahkan positif wabak itu.
Sutinah Saat berusia 37 tahun berkorban menjaga suami dan empat orang anaknya yang telah disahkan positif COVID-19.
Menurut Sutinah, suaminya Mohd Zaid Nordin disahkan positif COVID-19 selepas pulang daripada urusan kerjanya di sebuah pelantar minyak 6 Mei lalu.
Malang tidak berbau apabila, tiga lagi anaknya yang berusia 3, 8 dan 13 tahun turut dijangkiti virus berkenaan dan terpaksa dihantar menjalani kuarantin di PKRC Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering, Kuala Terengganu.
Tambahnya, dia terpaksa menemani anaknya yang masih kecil di PKRC dan hanya berhubung melalui panggilan video bagi mengetahui keadaan kesihatan suaminya.
Kini, kehidupan mereka sekeluarga kembali cerah selepas suaminya semakin pulih dan kesemua anaknya sudah sembuh dan dibenarkan pulang pada 19 Mei lalu.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.