Pengurusan jenazah ketika COVID-19 ini banyak memberikan cabaran terutama kepada mereka yang bekerja dalam bidang ini.
Penyampai ZAYAN, Mawi dan Anas mendekati seorang jurulatih pengurusan jenazah, Ustaz Amir Muttakin untuk bertanya pendapat sebagai seorang yang berpengalaman.
Ustaz Amir Muttakin memaklumkan sudah lebih 19 tahun berada dalam bidang pengurusan jenazah dan pelbagai cabaran serta kisah yang dilaluinya semasa pengurusan.
Mawi dan Anas juga bertanya mengenai isu yang dikatakan warganet, bidang pengurusan jenazah ini banyak membuahkan hasil duit ketika wabak berlaku ini.
Ustaz Amir memberikan penjelasan lanjut berkenaan isu tersebut yang banyak diperkatakan di media sosial.
“Jika kita tahu, pengurusan jenazah ini ada empat perkara wajib iaitu mandi, kafan, solat jenazah, dan kebumi.
“Jadi, kalau nak melakukan semua perkara ini memerlukan kosnya tiada lagi percuma kerana ia perlu peruntukan tertentu. Jadi memang kena keluar kosnya,” katanya.
Tambahnya, beberapa badan bukan kerajaan ada menyediakan pengurusan jenazah secara percuma tetapi kos itu datang daripada sumbangan orang ramai.
“Memang kos tak ditanggung keluarga si matai tetapi NGO ada peruntukan dan mendapat dana-dana daripada pelbagai pihak,” ujarnya.
Kini, pandemik COVID-19 yang melanda telah menyebabkan dia dan pasukannya terpaksa mengehadkan jumlah pekerja bagi mengekang penularan virus itu.
“Sekarang ini kita kena terhad kalau nak uruskan jenazah, paling ramai pun hanya 3 orang sahaja untuk setiap jenazah, tidak boleh macam dulu,” katanya ketika dihubungi dalam segmen ZAYAN Salam Bros.
Dengarkan temubual penuh secara eksklusif di video di bawah;
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.