Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Tidak Semua Kebaikan Dibalas dengan Kebaikan, Wanita Kongsi Kisah Penyeluk Saku di Paris

IDRUS, Husna Najwa
17 Jul 2025, 04:23 PM

tidak semua kebaikan dibalas dengan kebaikan, wanita kongsi kisah penyeluk saku di paris

Foto: Instagram (@rawis_fam)

Seringkali kita percaya bahawa kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Namun, pengalaman yang dikongsi oleh Rawi Rasmi, seorang wanita berusia 54 tahun, mengingatkan kita bahawa realitinya tidak semestinya begitu. Cerita tentang apa yang terjadi ketika dia berkunjung ke Paris dikongsikan di Instagram @rawis_fam.

Alkisah bermula ketika Rasmi yang sedang melancong di Paris, menawarkan tempat duduk kepada seorang wanita muda yang dilihat sedang sarat mengandung. Malangnya, wanita itu rupanya ahli sindiket penyeluk saku yang sengaja mengalih perhatiannya, lalu mencuri dompet beliau yang terdapat 420 Euro, kira-kira RM2071.

Setelah menyedari dompetnya hilang, Rasmi pantas bertindak. Beliau mengejar wanita itu tersebut dengan pantas, melalui eskalator, tangga dan turut menuruni lorong keretapi bawah tanah, tidak ubah bagaikan adegan filem aksi!

Selepas lebih satu jam, Rasmi berjaya memegang baju salah seorang pelaku yang bertindak sebagai pengalih perhatian, meskipun pelaku menafikan penglibatannya pada awalnya.

tidak semua kebaikan dibalas dengan kebaikan, wanita kongsi kisah penyeluk saku di paris

Foto: Instagram (@rawis_fam)

Akhirnya, pelaku tersebut mengaku dan menelefon rakan mereka untuk memulangkan dompet dengan semua barang di dalamnya. Dompet yang dicuri itu akhirnya kembali semula kepada Rasmi.

Rakaman video yang dikongsi di Instagram @rawis_fam serta akaun @lambe_turah turut menunjukkan aksi heroik Rasmi merentas eskalator dan tangga di Paris demi menuntut haknya. Rasmi turut dibantu oleh dua orang awam, yang menjadi orang tengah untuk berkomunikasi dalam Bahasa Perancis dengan penyeluk saku sekaligus menghubungi pihak polis.

tidak semua kebaikan dibalas dengan kebaikan, wanita kongsi kisah penyeluk saku di paris

Foto: Instagram (@rawis_fam)

Ramai netizen memberi penghargaan atas keberanian Rasmi. Salah seorang menulis:

“Mak2 Indo memang terkuat di muka bumi…”

Yang lain menambah:

“Dealing with Indonesian women, choosing the wrong target.”

Kisah Rasmi menuntut kembali dompetnya di tengah keramaian Paris bukan sekadar tentang wang sebanyak 420 Euro, tetapi tentang keberanian, integriti dan semangat untuk tetap berbuat baik walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.

Semoga cerita ini memberi inspirasi kepada kita semua untuk terus berbuat baik, berani mempertahankan hak dan yakin bahawa budi baik kita tetap akan dihargai.

Sumber: Instagram (@rawis_fam)

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us