Orang melakukan dosa setiap hari dan setiap hari Allah akan mengampuni mereka. Orang melakukan dosa setiap malam, dan setiap malam juga Allah akan mengampuni mereka. Selagi mana kita meminta pengampunan daripada Allah SWT. Jadi, jangan pernah sesekali putus asa dengan rahmat Allah SWT.
Salah satu perangkap syaitan adalah, dia akan menghantui kita dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan pada masa lalu. Jangan imbas kembali perkara yang anda pernah dilakukan, kerana pengampunan dan taubat itu milik kita juga. Dan Allah akan sentiasa mengampuni segala dosa kita.
Percayalah bahawa pintu taubat dibuka luas kepada sesiapa yang ingin kembali ke jalan Allah, yang ingin bertaubat kepada Allah SWT. Allah akan sentiasa mengampuni, kerana Allah Maha Pengampun.
Jadi jangan biarkan dosa masa silam menghantui diri kita. Senyum dan bersyukur bahawa Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Allah tidak akan menghukum kita atas dosa-dosa masa lalu yang telah meminta pengampunan.
Sumber: Mufti Menk
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.