
Foto: X (@Tabung_Haji)
Musim haji 1447H/2026M semakin menghampiri dan bagi bakal jemaah haji yang telah dipilih dalam giliran tahun ini, masa untuk membuat persiapan bermula daripada sekarang.
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengeluarkan peringatan awal bagi membantu para jemaah melakukan persiapan lebih rapi bukan sahaja daripada segi kewangan, tetapi juga rohani, kesihatan dan maklumat terkini.
Berikut ialah lima aspek penting yang perlu anda beri perhatian segera:
✅ Semak & Kemaskini Profil Akaun TH
Pastikan maklumat peribadi anda di dalam sistem Tabung Haji tepat dan terkini. Ini penting bagi memastikan proses dokumentasi dan pemanggilan ke kursus haji berjalan lancar.
💰 Cukupkan Simpanan: Minimum RM15,000
Kos haji meningkat setiap tahun, maka simpanlah sekurang-kurangnya RM15,000 dalam akaun TH sebagai persediaan asas. Tambahan simpanan boleh membantu menampung keperluan tambahan seperti vaksinasi, pakaian ihram dan lain-lain keperluan peribadi.
📚 Tingkatkan Ilmu Ibadat & Fardu Ain
Haji bukan sekadar perjalanan fizikal namun ia merupakan ibadah yang menuntut kefahaman dan penghayatan. Mulakan dengan mengikuti kursus asas haji, mengulangkaji ilmu fardu ain dan menonton sesi bimbingan haji secara dalam talian.
Ilmu yang mantap membawa kepada ibadah yang sah dan diterima.
🏃♂️ Jaga Kesihatan & Amalkan Gaya Hidup Sihat
Menunaikan haji memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi. Amalkan pemakanan seimbang, melakukan aktiviti senaman ringan dan buat pemeriksaan kesihatan berkala. Pastikan anda bebas daripada penyakit kronik yang boleh mengganggu ibadah.
📲 Ikuti Saluran Rasmi TH untuk Info Terkini
Untuk mengelakkan sebarang maklumat palsu atau kekeliruan, sentiasa rujuk saluran rasmi Tabung Haji;
-Laman web: www.tabunghaji.gov.my
-Media sosial rasmi TH
-Talian Khidmat Pelanggan: +603-6207 1919
✈️ Lakukan Persiapan Awal, Jalani Ibadah dengan Tenang
Ingat, menjadi tetamu Allah ialah satu jemputan yang sangat istimewa. Jangan biarkan kekurangan persediaan mengganggu perjalanan ibadah anda. Mulakan daripada sekarang daripada dompet, hati hingga ke tubuh.
Semoga Allah permudahkan urusan anda menuju ke Tanah Suci.
Sumber: X (@Tabung_Haji)
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.