
Foto Hiasan
“Setiap langkah ke Tanah Suci bukan sekadar perjalanan fizikal, tetapi perjalanan hati yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT.”
Begitulah hakikatnya perjalanan ke Baitullah. Ia bukan sekadar menaiki pesawat atau mengemas bagasi. Ia bukan semata-mata destinasi pelancongan rohani. Ia adalah sebuah pengembaraan jiwa dari kebisingan dunia kepada keheningan jiwa, dari kesibukan urusan dunia kepada ketenangan dalam dakapan Ilahi.
Tidak semua orang mampu membeli tiket ke Makkah, tetapi yang lebih penting tidak semua dijemput. Haji dan umrah bukan hanya tentang cukup duit dan sihat tubuh. Ia adalah tentang pilihan Allah. Bila kita menerima seruan itu, sebenarnya kita sedang menerima jemputan istimewa dari Sang Pencipta.

Foto: JAKIM
Setiap detik di Tanah Suci adalah detik yang mendidik jiwa. Di sana, kita belajar merendah diri, menghapus ego, melupakan pangkat, darjat dan segala gelaran dunia.
Di depan Kaabah, kita semua sama. Yang membezakan hanyalah hati, adakah ia hadir dengan keikhlasan, pengharapan dan penyesalan?
Setiap tawaf adalah putaran taubat.
Setiap sa’i adalah lambang usaha dan harapan.
Setiap air zamzam adalah doa yang tak putus-putus.
Dan setiap airmata yang tumpah, adalah tanda betapa rapuhnya kita di hadapan Tuhan.
Datanglah kepada Allah walau dengan hati yang penuh luka, jiwa yang bergelumang dosa dan hidup yang belum sempurna. Kerana sesungguhnya, Dia memanggil kita bukan kerana kita layak, tetapi kerana Dia Maha Penyayang.
Semoga kita semua dipilih oleh Allah SWT, dipermudahkan segala urusan, dan diberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Dan apabila kita pulang nanti, moga kita pulang sebagai hamba yang bersih, tunduk dan lebih mencintai Tuhan.
Sumber: JAKIM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.