Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Mulai Hari Ini Perlis Benarkan Jemaah Rapatkan Saf Ketika Solat Di Masjid

Kebenaran itu hanya diberikan kepada jemaah yang hadir bersama keluarga tinggal sebumbung
nura
23 Mar 2021, 12:15 PM

Perlis membenarkan jemaah merapatkan saf ketika solat di semua masjid di negeri itu mulai hari ini.

mulai hari ini perlis benarkan jemaah rapatkan saf ketika solat di masjid

Namun, kebenaran itu hanya diberikan kepada jemaah yang hadir bersama keluarga tinggal sebumbung untuk merapatkan saf sesama mereka. Bagaimanapun, jemaah lain masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. 

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ketetapan itu telah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah melihat kepada keperluan sedia ada dan tahap ketaatan serta kepatuhan tinggi seluruh rakyat terhadap SOP ditetapkan kerajaan.

mulai hari ini perlis benarkan jemaah rapatkan saf ketika solat di masjid

"Jemaah yang hadir bersama keluarga tinggal sebumbung boleh merapatkan saf sesama mereka, dengan memastikan selain daripada mereka, perlu mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter seperti ditetapkan dalam SOP," titah baginda dalam kenyataan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Tuanku Syed Faizuddin selaku Yang Dipertua MAIPs bertitah kebenaran itu turut terpakai untuk semua aktiviti pengimarahan sama ada Solat Jumaat, solat berjemaah lima waktu termasuk solat Tarawih dan kuliah pengajian di semua masjid dan surau asrama sahaja manakala pelaksanaan sebarang aktiviti di surau seluruh negeri Perlis masih tidak dibenarkan.

Pada masa sama, baginda mengingatkan seluruh rakyat agar sentiasa mengutamakan integriti dan kejujuran dalam menjamin kelancaran pelaksanaan ketetapan yang dibenarkan.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}