Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Pesanan Buat Para Isteri, “Jangan Ketepikan Ibu Bapa Atas Alasan Taat Suami”

Syurga seorang anak perempuan yang belum berkahwin terletak di bawah tapak kaki ibunya.
Editor
02 Feb 2021, 12:30 PM

Syurga seorang anak perempuan yang belum berkahwin terletak di bawah tapak kaki ibunya tetapi sesudah dirinya bergelar sebagai seorang isteri maka syurganya terletak di bawah tapak kaki suami.

Walaupun tiada hadis sahih yang berkata sedemikian namun ianya boleh dianggap sebagai suatu metafora di mana untuk seorang isteri itu menjadi ahli syurga adalah dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak ayat Al-Quran dan hadis Baginda.

pesanan buat para isteri, “jangan ketepikan ibu bapa atas alasan taat suami”

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (Surah an-Nisaa’: 34).

Dalam ayat tersebut Allah SWT telah menghimpunkan beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah SWT dan kepada suaminya dalam perkara yang baik, lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.

Namun walaupun sudahpun bergelar seorang isteri, jangan lupa gelaran sebagai seorang anak kepada kedua ibu bapa. Walaupun diri sudah berkahwin, masih perlu mengingati dan menghargai jasa kedua ibu bapanya. 

pesanan buat para isteri, “jangan ketepikan ibu bapa atas alasan taat suami”

pesanan buat para isteri, “jangan ketepikan ibu bapa atas alasan taat suami”

Perintah ini banyak dimuatkan dalam Al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini teramatlah penting.

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Surah Luqman, 31: 14).

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa…” (Surah al-Ahqaf, 46: 15).

Sudah tentu kunci utama ke syurga adalah mendapat keredaan Allah SWT dan untuk mendapat reda Allah SWT, ia bergantung kepada keredaan ibu bapa. 

Sumber: Islam Itu Indah  

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}