Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Petanda Kiamat Yang Sering Dibicara Dalam Hadis

Akhir zaman merupakan zaman yang paling digeruni oleh Rasulullah SAW.
Editor
12 Mar 2021, 02:00 PM

Pelbagai keadaan yang terjadi pada akhir zaman merupakan tanda-tanda kiamat yang Rasulullah SAW pernah bicara dalam hadis-hadis.

petanda kiamat yang sering dibicara dalam hadis

  1. Orang yang tidak sedar diri

Daripada Abu Hurairah r.a – Rasulullah SAW bersabda, “Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.” (HR Muslim)

  1. Menjual agama kerana dunia

Daripada Abu Hurairah r.a – Rasulullah SAW bersabda, “Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud) untuk mendapatkam simpati orang ramai, dan kata-kata mereka lebih manis daripada gula, padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Atau kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung.” (HR Tirmizi)

  1. Penindasan terhadap umat Islam

Daripada Tsauban r.a  – Rasulullah SAW bersabda, “Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Kamu pada hari itu terlalu ramai, umpama buih pada masa banjir dan Allah SWT akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu dan Allah SWT akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah ‘wahan’ itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.” (HR Abu Daud)

  1. Ulama tidak dipedulikan

Daripada Sahl bin Saad as-Sa‘idi r.a – Rasulullah SAW bersabda, “Ya Allah! Janganlah Engkau menemukan aku dan mudah-mudahan kamu juga tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama sudah tidak diikuti lagi dan orang yang penyantun sudah tidak dihiraukan lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam, lidah mereka seperti lidah orang Arab.” (HR Ahmad)

  1. Ulama agama semakin berkurang

Daripada Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a – Rasulullah SAW bersabda, “Bahawasanya Allah SWT tidak akan mencabut (menghilangkan) ilmu dengan sekali gus daripada manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu agama dengan mematikan para ulama. Apabila telah tiada para ulama, orang jahil akan dipilih sebagai pemimpin. Apabila pemimpin yang jahil itu ditanyakan soalan, mereka akan memberi fatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” (HR Muslim)

  1. Waktu terasa pendek

Daripada Anas bin Malik r.a – Rasulullah SAW bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat sehingga waktu terasa pendek, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu kilatan api.” (HR Tirmizi)

  1. Hilang sifat amanah

Daripada Huzaifah bin Al-Yaman r.a – Rasulullah SAW bersabda, “Kemudian adanya ramai orang berjual beli, maka hampir sahaja tiada seorang pun yang suka menunaikan amanah, sehingga dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat dipercayai dan orang ramai mengatakan, “Alangkah tekunnya dia dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah cerdik otaknya.” Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi.” (HR Bukhari & Muslim)

Ya, memang petanda-petanda di atas sudah mula kelihatan pada zaman sekarang. Semoga kita sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT.

Sumber: Majalah WM

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}