Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Posisi Dan Kedudukan Ketika Memandu Amat Penting Untuk Kesihatan Tulang Belakang

Kedudukan ketika memandu amat penting untuk kesihatan tulang belakang.
Editor
16 Nov 2020, 07:00 AM

Antara hal yang paling penting saat memandu kereta adalah posisi kedudukan untuk memastikan kita tiada masalah sakit pinggang ataupun sakit belakang. Kedudukan yang tidak betul akan memberi kesan yang drastic kepada tulang belakang, lagi-lagi jika anda jenis yang setiap hari kena memandu ke destinasi yang jauh.

Kedudukan pemandu

Perkara pertama yang setiap pemandu kena buat terlebih dahulu adalah perlu berada pada kedudukan yang betul di atas kerusi dan menyelaras penyandar pada aras yang betul. Bagi mendapat kedudukan yang selesa, anda perlu memastikan bahawa kedudukan punggung anda berada di belakang iaitu dilekatkan di bahagian penyandar.

posisi dan kedudukan ketika memandu amat penting untuk kesihatan tulang belakang

Selain itu, anda juga perlu menyelaraskan penyandar pada sudut kira-kira 100 darjah supaya dapat mengurangkan tekanan pada bahagian bawah belakang. Tambahan lagi, pastikan anda mendapat jarak sesuai bagi kaki anda untuk menekan pedal dan juga jarak yang sesuai untuk anda memegang stereng dengan selesa.

Kedudukan tangan

posisi dan kedudukan ketika memandu amat penting untuk kesihatan tulang belakang

Walaupun kebanyakan pemandu yang sudah cekap tidak hirau dengan cara memegang stereng dengan betul, namun ianya juga sangat penting supaya dapat memaksimumkan kawalan kenderaan anda. Kedudukan tangan yang betul ketika memandu ialah pada sisi stereng di sebelah kiri dan kanan. Sekiranya anda membayangkan stereng anda seperti jam, kedudukan stereng yang dimaksudkan adalah pada angka 3 dan 9.

Selain itu, anda sangat disarankan untuk memandu dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Bukan sahaja boleh mendapat kawalan yang penuh, namun ianya juga boleh mengelakkan pemandu daripada berasa sakit pada bahagian tulang belakang. Perkara ini adalah disebabkan perbuatan memandu dengan menggunakan satu tangan boleh menjejaskan kedudukan tulang belakang sehingga menyebabkan sakit belakang.

Kedudukan kaki

posisi dan kedudukan ketika memandu amat penting untuk kesihatan tulang belakang

Kedudukan kaki juga sangat penting ketika anda memandu. Bagi mendapat keselesaan ketika memandu, anda perlu memastikan kaki anda tidak terlalu bengkok dan terlalu lurus. Oleh itu, pada peringkat awal sebelum pemanduan, anda perlu melaraskan kerusi anda supaya kaki anda tidak berada dalam keadaan yang tidak selesa.

Kalau kena pandu dalam tempoh yang lama dan jarak yang jauh, itu amat meletihkan dan menyebabkan sakit-sakit badan. Sebab itulah kita perlu berada dalam kedudukan yang betul setiap kali kita memandu. Jadi pastikan posisi badan, tangan dan kaki berasa pada kedudukan yang betul.

Sumber: Kompas.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}