Baru-baru ini kecoh mengenai isu penghinaan terhadap selebriti Elizad Sharifuddin yang menuduh perkara yang tidak benar sehingga mengganggu emosinya.
Pendakwah, PU Azman turut memberi komen berkenaan isu ini yang dianggap satu penghinaan dan berdosa.
Memetik laporan Mstar, PU Azman membidas warganet yang mengeluarkan kata-kata yang tidak baik kepada seseorang yang tidak kenal peribadinya.
“Aneh apabila orang yang tidak ada kaitan mencampuri soal hidup orang lain. Kalau beri nasihat tak apa, ini bagi kecaman.
“Ia jelas satu penghinaan, jenayah akhlak dan merupakan satu dosa,” katanya.
Malah, beliau menasihati warganet untuk menjaga penulisan dan kata-kata sebelum berkongsi di mana-mana platform media sosial.
Tuduhan yang menimbul fitnah boleh menyebabkan emosi seseorang itu terganggu dan manusia tidak boleh masuk campur urusan peribadi orang lain.
PU Azman berharap Elizad terus kuat dan bersabar dalam menghadapi situasi ketika ini.
Sumber: Mstar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.