Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

“Neelofa Tak Pernah Merajuk!” – PU Riz Dedah Rahsia Rumah Tangga Aman, Solat Jemaah Jadi Kunci

ROSTAM, Mohamad Firdaus
14 Jul 2025, 11:05 AM

“neelofa tak pernah merajuk!” – pu riz dedah rahsia rumah tangga aman, solat jemaah jadi kunci

Foto: Instagram

Siapa sangka, di sebalik populariti dan sibuk dengan kerjaya masing-masing, pasangan PU Riz dan Neelofa sebenarnya hidup penuh harmoni tanpa sebarang drama merajuk-merajuk sejak berkahwin lebih tiga tahun lalu!

Dalam satu video TikTok yang tular, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 30, berkongsi rahsia bagaimana mereka kekal bahagia, solat jemaah bila ada masalah.

“Alhamdulillah, Neelofa tak pernah merajuk dengan saya. Kalau ada masalah, kami akan solat sama-sama. Selesaikan dengan solat, insya-Allah,” katanya tenang.

Bukan itu je, Neelofa sendiri turut tampil dalam video tu dengan nasihat yang cukup matang dan menyentuh hati buat pasangan yang mungkin rasa rumah tangga mereka semakin hambar.

“Kalau rasa dah tak ada ‘spark’, kena duduk berbincang elok-elok. Kena saling beri dan ambil. Kalau masih tak jumpa jalan keluar, mungkin kena libatkan pihak ketiga macam kaunselor,” kata bekas pengacara MeleTOP itu.

Neelofa turut ingatkan bahawa cinta semata-mata tak cukup untuk pertahankan perkahwinan, tapi mesti disandarkan pada agama.

“Perkahwinan ni satu amanah. Kena doa, zikir, tawakal dan hidupkan agama dalam rumah. Ia bukan sekadar suka sama suka, tapi kontrak kita dengan Allah,” jelasnya.

Haris yang duduk di sisi isteri turut menyokong kata-kata Neelofa dan menyebut bahawa semua pendekatan tu memang diajar dalam Al-Quran.

“Kalau ada masalah rumah tangga, memang Quran ajar lantik orang tengah untuk bantu. Kadang-kadang suami isteri bila dah kusut sangat, nak bercakap pun tak boleh,” katanya.

Untuk rekod, PU Riz dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan kini bahagia bersama dua putera comel mereka, Muhammad Bilal (4 tahun) dan Abdullah Abbas (2 tahun).

Sumber: Kosmo

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us