Memuji seseorang itu adalah perkara biasa dalam satu masyarakat dan hukum asal memuji seseorang adalah harus dengan syarat bahawa pujian itu pada perkara yang benar dan tidak mendustakan.
Pujian yang diberikan juga janganlah sampai boleh mendatangkan fitnah kepada orang yang dipuji serta tidak menyebabkan insan tersebut berasa ‘ujub ataupun bermegah diri.
مَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَادِحًا أَخَاهُ لاَ مَحَالَةَ، فَلْيَقُلْ أَحْسِبُ فُلاَنًا، وَاللَّهُ حَسِيبُهُ، وَلاَ أُزَكِّي عَلَى اللَّهِ أَحَدًا أَحْسِبُهُ كَذَا وَكَذَا، إِنْ كَانَ يَعْلَمُ ذَلِكَ مِنْهُ
Maksud: “Siapa sahaja di antara kalian yang tidak boleh, tidak harus memuji saudaranya hendaklah dia mengucapkan: “Aku merasa si fulan (itu yang demikian) dan Allah yang lebih mengetahui secara pasti akan kenyataannya. Dan aku tidak memberikan pujian ini secara pasti. Aku merasa dia begini dan begitu keadaannya.” Jika dia mengetahui dengan yakin tentang diri saudaranya itu (yang dipuji).”
Hadis Riwayat Bukhari (no. 2662)
Ada sebab-sebab yang melarangkan manusia daripada memuji sesama manusia iaitu:
- Memuji secara berlebihan
- Mengakibatkan orang yang dipuji timbul perasaan ujub terhadap diri sendiri
- Pujian yang boleh membawa kepada kebohongan
- Bimbang pujian tersebut boleh menimbulkan fitnah
Jadi, hukum asal memuji seseorang itu adalah harus tetapi ia boleh berubah dan jatuh menjadi haram jika dilakukan secara berlebih-lebihan dan boleh menimbulkan fitnah serta sifat ujub.
Sumber: Mufti Wilayah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.